女人补铁有什么好处| 游戏hp是什么意思| 月加亏念什么| 早餐做什么简单又好吃| 羊肚菌是什么| 淀粉酶偏高是什么原因| 核桃和什么一起打豆浆| 什么是生粉| 额头上长斑是什么原因造成的| 不停的打嗝是什么原因| 上火嗓子疼吃什么药| 颈动脉彩超查什么| 甲状腺查什么| 为什么会得口腔溃疡| 莳字五行属什么| 唐僧最后成了什么佛| 教育的本质是什么| 申的五行属什么| 阳历7月7日是什么日子| 结肠炎有什么症状| 怀孕了用排卵试纸测会显示什么| 隐性梅毒是什么意思| 男人精子少吃什么药| 一叶知秋是什么生肖| 推举是什么意思| 淼怎么读什么意思| 世界上最大的动物是什么| 湿气太重吃什么好| 做绝育手术对女人有什么影响| 中央委员什么级别| 孕妇梦见牛是什么意思| 鼠目寸光是什么意思| 心肾不交吃什么药| 猫代表什么数字| 眼睛看东西模糊是什么原因| 前辈是什么意思| 2015年是什么生肖| 马冲什么生肖| 尿结石是什么症状| 肺炎后遗症有什么症状| 夏天木瓜煲什么汤最好| 豆腐干炒什么菜好吃| vsop是什么酒| 卵巢早衰是什么原因引起的| 心三联是指什么| 哺乳期能吃什么水果| 十一月十五号是什么星座| 2012年是什么命| 2月3日什么星座| 尿酸高什么东西不能吃| 木薯淀粉可以用什么代替| 早上9点到10点是什么时辰| 女生右眼睛老是跳是什么原因| 抑郁症吃什么药| 一月20号是什么星座| 洗了牙齿要注意什么| 桃花劫是什么意思| 低钾会有什么症状| 屎为什么是黑色的| 娃娃亲是什么| hpv和tct有什么区别| 唇色深是什么原因| 体内火气大吃什么降火| 甲醛中毒吃什么药| 皮肤经常痒是什么原因| 定制和订制有什么区别| 6度醋与9度有什么区别| 人体第一道防线是什么| gtp是什么意思| 电器火灾用什么灭火器| 人为什么会变| 知鸟是什么| 一戴套就软是什么原因| 龙象征着什么| 惯犯是什么意思| 路人甲什么意思| 早泄吃什么药| 脸上长闭口是什么原因导致的| 藩台是什么官| 三个牛读什么字| 为什么一同房就出血| 幼儿贫血吃什么补血最快| 2018 年是什么年| 小拇指旁边的手指叫什么| 什么什么什么花的成语| 血压低是什么原因造成的| 柏油样便见于什么病| 山药补什么| 疣是什么病毒| 心跳的快是什么原因| 身旺是什么意思| cdc是什么意思| 马克华菲属于什么档次| 不倒翁是什么意思| 什么时间容易怀孕| 小孩子晚上睡觉磨牙是什么原因| 为什么耳屎是湿的| 焉是什么意思| 人参果什么季节成熟| 蜂蜡有什么用| 结肠炎吃什么药治疗效果好| 台风是什么| 医保报销是什么意思| 玫瑰代表什么| 夕阳无限好是什么意思| 什么地望着| 10月27日什么星座| 鸡吃什么食物| 孕吐什么时候出现| 点映什么意思| 和能组什么词| 人心叵测是什么意思| 乳糖是什么| 劫数是什么意思| 口关读什么| 2岁打什么疫苗| 软饮是什么意思| 榴莲有什么品种| 33周岁属什么生肖| 七月十五有什么忌讳| 肠粘连吃什么药| 女人腿肿是什么原因引起的| 治疗风湿有什么好方法| 波奇饭是什么意思| 备孕吃叶酸有什么好处| 天厨贵人是什么意思| 脸上发红是什么原因| 步步为营是什么意思| 秒后面是什么单位| 骨加后念什么| 黑色裤子配什么颜色t恤| 胆的作用及功能是什么| 甘露醇是什么药| 什么人不宜吃石斛| 七情六欲指什么| 降压药有什么副作用| 梦见蜂蜜是什么意思| 鸟屎掉身上有什么预兆| 牙松动了还疼用什么方法处理最好| 什么是机械手表| 无私是什么意思| 单飞是什么意思| 品牌主理人是什么意思| 杭州什么宽带好又便宜| 异常心电图是什么意思| 细胞由什么组成| 油为什么会浮在水面上| 啰嗦是什么意思| 大便粘稠吃什么药| cini是什么意思| 2002年属马的是什么命| 复姓什么意思| 胆没了对身体有什么影响| 禄是什么意思| 死于非命是什么意思| 青春永驻什么意思| 信徒什么意思| 火鸡面为什么叫火鸡面| 什么是冰丝面料| 青岛市市长什么级别| 晚上7点到9点是什么时辰| 相亲是什么意思| 美乃滋是什么| 什么是血友病| 孕妇吃红薯对胎儿有什么好处| 眼角长痘痘是什么原因| 伏特加是什么酒| 朱红色是什么颜色| 幽灵蛛为什么不能打死| 包皮与包茎有什么区别| 晚上吃什么能减肥| jackie是什么意思| 视网膜为什么会脱落| 希特勒为什么恨犹太人| 细佬什么意思| 狼来了的寓意是什么| 情愫是什么意思| 女性甲状腺挂什么科| 印度为什么那么热| 叶酸每天什么时候吃最好| 乐果农药适合杀什么虫| fox什么意思| 味甘是什么意思| 夏天吃什么水果| 梅花是什么颜色的| 甲亢都有什么症状| 痔疮是什么原因| 司马光和司马迁是什么关系| 低压是什么意思| 江西有什么好玩的景点| 常委是什么级别| 什么是焦虑| 云的五行属性是什么| ba是什么元素| haccp认证是什么意思| 牛奶能做什么美食| 状元红又叫什么荔枝| 木灵念什么| 彪子是什么意思| 怀孕要检查什么项目| 什么是耳鸣| 天津五行属什么| 什么是激素脸| 输卵管堵塞有什么症状| 献血前检查什么项目| h是什么元素| v店是什么| 什么牌子的洗发水好用| 考验是什么意思| 痔疮肛瘘是什么症状| 小孩血压低是什么原因| 高血压是什么原因造成的| 才高八斗是什么动物| 肺结核是什么症状| 脚背痛什么原因引起的| 五行缺什么| 啤酒鸭可以放什么配菜| 壁报交流是什么意思| 阿莫西林和头孢有什么区别| 为什么老是做噩梦| 便秘吃什么润肠通便| 口干舌燥喝水也不解渴是什么原因| 心字底的字与什么有关| 什么药止痒效果最好| 什么叫静息心率| 唵嘛呢叭咪吽是什么意思| 子宫肥大有什么危害| 鹅和什么一起炖最好吃| 潮吹是什么意思| 中国古代四大发明是什么| 猫叫什么名字好听| 状元及第是什么意思| 白癜风吃什么药| 重庆有什么景点| 湿疹有什么症状| 疝气是什么病怎样治疗| 女人亏气亏血吃什么补的快| 皮肤黄是什么原因引起的| 巴士是什么意思| aa是什么意思| 什么洗发水去屑效果好| 胶原蛋白是什么意思| 脑梗不能吃什么东西| 什么网名好| 二级烧伤是什么程度| 什么是胰岛素| 一天老是放屁是什么原因| 米字五行属什么| 排暖期出血是什么原因| 两肺散在小结节是什么意思| 望尘莫及是什么意思| apple什么意思| 脑白质变性是什么意思| 大庭广众什么意思| 棕色是什么颜色| 一个虫一个离念什么| 法香是什么菜| 玄青色是什么颜色| beam是什么意思| 旧衣服属于什么垃圾| 霍光和卫子夫什么关系| 三月二十二是什么星座| 棉涤是什么面料| 为什么手臂上有很多很小的点| 百度Pergi ke kandungan

精准招商主动作为 以实际行动践行行政效能革命

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Uthmaniyah)
Negara Uthmaniyah Abadi
????? ??????? ?????
????? ????? ???????
Devlet-i ?Alīye-i ?Osmānīye
Empayar Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
1299–1923
Bendera Empayar Uthmaniyah
Jata Empayar Uthmaniyah
Bendera Jata
Cogan kata????? ??? ?????
Devlet-i Ebed-müddet
(Negara Abadi)
Lagu kebangsaanLagu kebangsaan Uthmaniyah
Wilayah Empayar Uthmaniyah pada tahun 1593.
Wilayah Empayar Uthmaniyah pada tahun 1593.
StatusDibubarkan
Ibu negaraS??üt (1302–26)
Bursa (1326–65)
Edirne (1365–1453)
Kustantiniyah (1453–1922)[1][2]
Agama
Sunnah Islam (rasmi), Kesufian, Syiah, Kristian, Yazidi dan Yahudi (minoriti)
Kerajaan ? Raja mutlak (1299–1876; 1878–1908; 1920–1922)
 ? Raja berparlimen berperlembagaan (1876–1878; 1908–1913; 1918–1920)
 ? Raja berparlimen di bawah bediktatoran tentera totalitarian satu parti (1913–1918)
Sultan 
? 1281–1326 (pertama)
Osman I
? 1918–1922 (terakhir)
Mehmed VI
Perdana Menteri 
? 1320–1331 (pertama)
Alaeddin Pasha
? 1920–1922 (terakhir)
Ahmed Tevfik Pasha
Sejarah 
1299
1402–1414
1876–1878
1908–1918
? Pembubaran Kesultanan
1 November 1922
? Pemergian Mehmed VI, sultan terakhir
17 November 1922
24 Julai 1923
Keluasan
1683[4]5,200,000 km2 (2,000,000 bt2)
1914 [5]1,800,000 km2 (690,000 bt2)
Populasi
? 1856
35350000
? 1906
20884000
? 1912[6]
24000000
Mata wangAk?e, Kuru?, Lira, Sultani
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Rum
Kesultanan Adal
Beylik Anatolia
Empayar Byzantine
Kerajaan Beraja Bosnia
Empayar Bulgaria Kedua
Empayar Serbia
Kerajaan Beraja Hungary
Kerajaan Beraja Croatia
Kesultanan Mamluk
Dinasti Hafsid
Hospitaller di Tripolitania
Kerajaan Beraja Tlemcen
Empayar Trebizond
Kerajaan Sementara Turki
Republik Yunani
Caucasus Viceroyalty
Bosnia dan Herzegovina
Serbia
Albania
Romania
Bulgaria
OETA
Iraq Mandatori
Hejaz
Algeria Perancis
Cyprus British
Tunisia Perancis
Libya Itali
Sekarang sebahagian dari
百度 经过再次理疗,赵朝群活脱脱换了一个人,腰杆背直,走路轻快,还主动帮助打开水。

Empayar Uthmaniyah (Turki Uthmaniyah: ????? ????? ???????, rumi: Devlet-i ?Alīye-i ?Osmānīye; Turki: Osmanl? ?mparatorlu?u) adalah sebuah negara[note 1] yang menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara antara abad ke-14 dan awal abad ke-20 selama lebih kurang 600 tahun. Ia didirikan pada akhir abad ke-13 di Anatolia barat laut di bandar S??üt (Wilayah Bilecik moden) oleh pemimpin suku Osmani,[7][8] Uthman I.[9] Keluarga Bani Osmani ini ialah sebahagian kecil keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini ialah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13.[10] Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniyah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[11]

Pada tahun 1357, mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kustantiniyah (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) setelah jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah mempunyai angkatan laut yang handal di Laut Mediterranean dan melaksanakan tugasnya dalam peperangan dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyah. Uthmaniyah juga meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Mesopotamia dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam ialah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniyah kini pula menghadapi persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan Rusia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyah dipaksa bersetuju untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Venice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Yunani pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyah digelar "Orang sakit Eropah" dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I pada tahun 1912-1919, kesemua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyah, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kemal Atatürk telah menghapuskan nama kerajaan Uthmaniyah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Wilayah Uthmaniyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyah dan mengasaskan Kerajaan Uthmaniyah.

Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)

[sunting | sunting sumber]

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad al-Fatih

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Pertempuran Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Kustantiniyah (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

Perkembangan (1453-1683)

[sunting | sunting sumber]
Empayar Uthmaniyah, 1299 - 1683

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan atau "pembukaan" Kustantiniyah pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Lautan Hindi. Empayar Uthmaniyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera Empayar Uthmaniyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Uthmaniyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.

Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Empayar Uthmaniyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.

Genangan (1683-1827)

[sunting | sunting sumber]
Sultan Murad IV

Selepas tewasnya tentera Uthmaniyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.

Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571.

Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.

Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Empayar Uthmaniyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi rasuah. Walaupun tentera elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.

Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)

[sunting | sunting sumber]

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyah berpakat menentang Tsar Rusia.

Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.).

Dalam semua idea Empayar Uthmaniyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyah.

Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. ?ttihat ve Terakki Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh ?ttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, ?ttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Krimea.

Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Uthmaniyah.

Pembubaran (1908-1922)

[sunting | sunting sumber]

Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyah.

Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah selepas Perjanjian Sevres.

Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Makedonia, dan Thrake yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyah. Dengan dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Yunani dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Makedonia yang mengakibatkan Perang Balkan Pertama. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan Kedua.

Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.[12] Empayar Uthmaniyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.

Mustafa Kemal Pa?a dialu-alukan di Ankara selepas Serangan Besar.

Mustafa Kemal Pasha, kemudian dikenali sebagai Kemal Atatürk, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyah di Kaukasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmed VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.

Sejarah kebangsaan

[sunting | sunting sumber]
Artikel sejarah berkaitan di Wikipedia.
Perang Uthmaniyyah di Eropah Albania Uthmaniyyah
Sejarah Balkan Algeria Uthmaniyyah
Cyprus Uthmaniyyah
Bulgaria Uthmaniyyah
Serbia Uthmaniyyah
Sarajevo Uthmaniyyah Awal
Sarajevo Uthmaniyyah Akhir
Greece Uthmaniyyah

Sejarah ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Uthmaniyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyah, untuk menjadikan bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru.[13] Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang.[14] Matlamat paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.

Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyah ialah organisasi peneraju berbanding yang lain.[15] Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.[15]

Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Uthmaniyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama.

Negeri-negeri Uthmaniyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini ialah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara..

Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyah seringkali ditafsir sebagai ???? ??? Bab-i-al?, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkap? di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Kustantiniyah pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Muhammad.

Undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan ialah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[16]

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris: musket). Unit tentera elit Uthmaniyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyah kekurangan senjata moden dan teknologi.

Pemodenan Empayar Uthmaniyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British serta konsep ketenteraan udara dan laut moden. Empayar Uthmaniyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Taman Istanbul

Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyah sememangnya kaya dengan kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyah tergolong dalam kebudayaan orang-orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine.

Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.

Kronologi Empayar Uthmaniyyah

[sunting | sunting sumber]
Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.
  1. ^ The Encyclop?dia Britannica, Vol.7, Edited by Hugh Chisholm, (1911), 3; Constantinople, the capital of the Turkish Empire...
  2. ^ Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
  3. ^ Perjanjian Sèvres (10 Ogos 1920) memberi pengesahan minima terhadap kewujudan empayar. Penghapusan Kekhalifahan Uthmaniyah pada 1 November 1922 tidak menghapuskan "negara" tersebut tetapi sebaliknya "Ottoasty. Negara Uthmanuan dihapuskan secara rasinya melalui Perjanjian Lausanne (24 Julai 1923) yang mengiktiraf "pemerintah Ankara" (Ankara government) dan bukannya kerajaan yang berpusat di Kustantiniyah sebagai pemilik benar dan negara pengganti. Kerajaan yang berpusat di Istanbul kehilangan keuta selepas keberangkatan sultan. TBMM mengisytiharkan Republik Turki ("Republic of Turkey") sebagai pengganti (29 Oktober 1923).
  4. ^ Peter Turchin, Thomas D. Hall and Jonathan M. Adams, "East-West Orientation of Historical Empires Diarkibkan 2025-08-07 di Wayback Machine", Journal of World-Systems Research Vol. 12 (no. 2), pp. 219-229 (2006).
  5. ^ Dündar, Orhan; Dündar, Erhan, 1.Dünya Sava??, Mill? E?itim Bakanl??? Yay?nlar?, 1999, ISBN 975-11-1643-0
  6. ^ Defeat in detail: the Ottoman Army in the Balkans, 1912-1913, Edward J. Erickson, page 59
  7. ^ A ?goston, Ga ?bor; Masters, Bruce Alan (2008). Encyclopedia of the Ottoman Empire. Infobase Publishing, NY. m/s. 444. ISBN 978-0-8160--6259-1. "Osman was simply one among a number Turkoman tribal leaders operating in the Sakarya region."
  8. ^ "Osman I". Encyclopedia Britannica. Osman I, also called Osman Gazi, (born c. 1258—died 1324 or 1326), ruler of a Turkmen principality in northwestern Anatolia who is regarded as the founder of the Ottoman Turkish state.
  9. ^ Finkel, Caroline (2025-08-07). Osman's Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300–1923. Basic Books. m/s. 2, 7. ISBN 978-0-465-02396-7.
  10. ^ Quataert, Donald (2005). The Ottoman Empire, 1700–1922 (ed. 2). Cambridge University Press. m/s. 4. ISBN 978-0-521-83910-5.
  11. ^ H. ?nalc?k "Perkembangan Empayar Uthmaniyah" di P.M. Holt, A.K. S. Lambstone, dan B. Lewis (eds), "Sejarah Islam Cambridge" (Universiti Cambridge). muka surat 295-200
  12. ^ Jastrow, Peperangan dan Landasan Kereta Api Baghdad (1917) ASIN: B0006D8OSQ
  13. ^ Halil ?nalc?k, Pengajian sejarah ekonomi Timur Tengah : dari kebangkitan Islam sehinggalah pada masa kini / disunting oleh M. A. Cook. London University Press, Oxford U.P. 1970, p. 209 ISBN 0-19-713561-7
  14. ^ Halil ?nalc?k, Pengajian sejarah ekonomi Timur Tengah : dari kebangkitan Islam sehinggalah pada masa kini / disunting oleh M. A. Cook. London University Press, Oxford U.P. 1970, p. 217 ISBN 0-19-713561-7
  15. ^ a b Antony Black, "Negara Dinasti Osman (devlet-i al-i Osman)" dalam Sejarah Pemikiran Politik Islam: Dari Zaman Nabi Sehingga Kini, ms199
  16. ^ Lauren A. Benton, Kebudayaan Kolonial dan Undang-Undang: Sejarah Dunia, 1400–1900", ms109–110
  1. ^ Dinasti Uthmaniyah juga mengekalkan gelaran "khalifah" dari kemenangan Uthmaniyyah ke atas Kesultanan Mamluk Kaherah dalam Pertempuran Ridanieh pada tahun 1517 hingga Penghapusan Kekhalifahan oleh Republik Turki pada tahun 1924.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
折射率是什么意思 与虎谋皮是什么意思 脚凉是什么原因 34岁属什么的生肖 喝椰子粉有什么好处
什么季节最短 海南有什么水果 煞是什么意思 北戴河是什么海 干预治疗是什么意思
秘诀是什么意思 灌肠用什么水 手抖是什么毛病 口苦吃什么药最好 非淋菌性尿道炎吃什么药最好
待客是什么意思 遁形是什么意思 pcv是什么意思 例假提前半个月是什么原因造成的 男人喜欢什么罩杯
贵圈是什么意思hcv8jop1ns8r.cn 韧带是什么xinmaowt.com 继发性不孕是什么意思hcv8jop2ns4r.cn 蟑螂为什么会飞hcv8jop8ns5r.cn 拉屎拉出血是什么原因hcv8jop6ns7r.cn
狗肚子有虫子吃什么药hcv9jop5ns7r.cn 参数错误是什么意思sscsqa.com 什么龙什么虎hcv8jop7ns4r.cn 梦见别人搬家预示什么hcv9jop0ns3r.cn 什么是应力hcv9jop4ns7r.cn
糜烂性脚气用什么药xinmaowt.com 拔完智齿后需要注意什么hcv8jop1ns4r.cn 半月板是什么hcv9jop6ns4r.cn 木代表什么生肖hcv8jop1ns1r.cn 阴茎勃起不硬吃什么hcv8jop2ns2r.cn
缺乏维生素b12的症状是什么hcv8jop5ns0r.cn 肌红蛋白低说明什么hcv9jop5ns5r.cn 广西北海有什么好玩的地方hcv9jop6ns7r.cn 心心相惜是什么意思hcv9jop5ns2r.cn 孔子名什么hcv7jop9ns2r.cn
百度